Dapatkan tunai untuk perniagaan anda melalui Pembiayaan Invois

    Borang Pertanyaan

    1

    Dengan mengemukakan permohonan saya, saya bersetuju dalam pemprosesan data peribadi mengikut Dasar Privasi yang ditetapkan oleh Maax Factor.

    Apa itu Pemfaktoran?

    Pemfaktoran merupakan kemudahan fleksibel yang membenarkan syarikat anda untuk mendapatkan tunai dengan segera. Anda boleh menukarkan jualan kredit kepada tunai dengan menjual invois anda kepada kami, Maax Factor Sdn Bhd. Kami boleh membiayai dagangan anda apabila pembayaran tersebut diberikan kepada kami.

    Kelebihan Pemfaktoran

    Melancarkan Aliran Tunai

    Anda boleh mendapatkan penambahan wang tunai untuk mengembangkan perniagaan anda.

    Kelayakan Mudah

    Kelonggaran dalam syarat kelulusan berbanding dengan institusi kewangan yang lain. Sesuai bagi PKS yang mempunyai rekod perniagaan yang terhad.

    Pembiayaan Pantas

    Dana akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu bagi pelanggan baru & 3 hari bekerja bagi pengeluaran seterusnya.

    Kemudahan Fleksibel

    Nilai maksimum kemudahan adalah berdasarkan nilai dan kualiti invois anda. Dana tersebut akan menyokong perkembangan perniagaan anda.

    Permohonan Mudah

    Proses permohonan pemfaktoran invois adalah mudah dan senang dengan keperluan dokumen kewangan yang minima.

    Kadar Menarik

    Menawarkan kadar yang menarik dan berdaya saing dalam pasaran.

    Servis Ditawarkan

    Pembiayaan Invois (Pemfaktoran)
    Pembiayaan Invois membantu modal pusingan sesuatu syarikat melalui Penjualan invois kepada kami. MAAX kemudiannya akan mengutip bayaran terus daripada pembeli / pemberi kontrak apabila invois telah matang.
    Pemfaktoran (Pra-Jualan)
    Kami membantu membuat pembayaran secara langsung kepada pembekal - pembekal anda untuk menyegerakan pembekalan barang dan bahan kepada pembeli / pemberi kontrak.

    Servis Ditawarkan

    Surat Sokongan Kewangan
    Maax juga boleh menyediakan surat sokongan yang akan membuat permohonan tender dan bidaan anda jauh lebih kompetitif.

    Servis Tambahan

    Pemfaktoran:

    Bagaimana ia berfungsi

    1. Menjual produk atau perkhidmatan secara kredit (cth. 30-90 hari).
    2. Memohon kemudahan pemfaktoran untuk invois anda.
    3. Kami membeli invois pada kadar diskaun dan akan membuat bayaran ke akaun bank anda dalam masa 3 hari bekerja.
    4. Pelanggan anda perlu membuat bayaran penuh pada tempoh matang ke akaun bank kami.

    Langkah-langkah untuk memohon

    Adakah anda menghadapi masalah aliran tunai disebabkan jualan kredit yang belum dilunaskan oleh pelanggan anda? Perkhidmatan pemfaktoran kami dapat membantu meningkatkan aliran tunai dan mengembangkan perniagaan anda.

    LANGKAH 1

    Isi borang pertanyaan di halaman utama untuk beritahu kami tentang perniagaan anda.

    LANGKAH 2

    Perunding pakar kami akan membantu anda membuat permohonan.

    LANGKAH 3

    Setelah mendapat kelulusan, dana akan dikeluarkan ke akaun bank anda dalam masa 2 minggu bagi pelanggan baru & 3 hari bekerja bagi pengeluaran seterusnya.

    Kelayakan

    Mempunyai syarikat perniagaan yang berdaftar di SSM dengan pemegang saham majoriti yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

    Hendaklah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.

    Pemohom dengan tunggakan kecil dalam CTOS / CCRIS akan dipertimbangkan bergantung kepada kes tersebut

    Perlu mempunyai kontrak / pesanan / surat anugerah dari :

    • Kerajaan
    • Syarikat berkaitan kerajaan
    • Syarikat awam
    • Syarikat swasta

     

    Berita Berkaitan